APA ITU MINYAK ARGAN?


Minyak Argan merupakan sejenis minyak tumbuhan yang dihasilkan dari kernel pokok Argan dimana ia hanya tumbuh di Morocco sahaja. 


Wanita Berber tempatan bekerja di koperasi perdagangan memecahkan kekacang menggunakan batu dimana teknik ini telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. 


Biji-bijian mentah tersebut kemudian diekstrak dari kulit keras mecara manual menggunakan tangan. 


Kemudian, ia dikisar dengan tangan menggunakan batu pengisar selama berjam-jam. 

Kernel argan yang sudah hancur dikisar itu kemudiannya ditekan-tekan sehingga keluar minyak. 

Untuk menghasilkan minyak argan ini, ia mengambil masa selama 3 hari untuk seorang wanita menghasilkan 1 liter minyak argan. Sebab itulah minyak argan menjadi sangat berharga. 

Dari segi Kulineri, minyak argan digunakan untuk memanggang roti, couscous, salad dan seangkatan dengannya. Berdasarkan kajian yang dijalankan, minyak argan didapati mengandungi tahap vitamin E yang lebih tinggi berbanding minyak-minyak lain dimana ia mempunyai sifat anti radang.

Dari segi kecantikan pula, wanita di Morocco secara tradisional menggunakan minyak argan mentah untuk merawat penyakit kulit dan sebagai minyak kosmetik untuk kulit dan rambut. Minyak argan telah menjadi samakin popular untuk kegunaan kosmetik. Peningkatan populariti minyak argan telah mendorong pemerintah Morocco merancang untuk meningkatkan pengeluaran tahunan dari sekitar 2,500 hingga 4,000 tan pada tahun 2020. 












Comments

Popular Posts