KELEBIHAN ARGAN OIL HANI

Semua orang sedia maklum bahawa Argan Oil adalah salah satu kaedah perawatan kulit yang terbaik dimana ia sangat kaya dengan nutrien yang bermanfaat seperti asid lemak dan vitamin E. Ciri-ciri ini menyebabkan Argan Oil menjadi sangat bermanfaat kepada kulit dan rambut sekaligus menjadikan Argan Oil sebagai pilihan kosmetik yang sangat popular di seluruh dunia.

Antara kelebihan yang anda boleh nikmati dari Argan Oil Hani adalah:

1. Melembapkan Kulit 

Argan Oil sangat popular untuk dijadikan pelembap kulit dimana Argan Oil mampu membantu untuk menghidratkan kulit serta melembutkan kulit. Dengan kandungan vitamin E dan asid lemak yang sangat tinggi, Argan Oil Hani adalah produk yang sangat ideal untuk mencantikkan dan merawat kulit secara semulajadi. Argan Oil Hani mampu menyerap dengan mudah dan tidak berminyak menyebabkan argan oil dikenali sebagai pelembap semulajadi yang sangat hebat. 


Argan Oil Hani sangat mudah digunakan di seluruh badan termasuk muka dan leher. Anda hanya perlu ambil beberapa titik Argan Oil Hani dan sapu secara lembut pada wajah dan badan. 

2. Perapi Rambut

Argan Oil terbukti menjadikan rambut lembut dan berkilau. Argan Oil Hani adalah perapi rambut yang ideal dan ia juga boleh membantu merawat hujung rambut yang bercabang. Argan Oil Hani menjadikan rambut anda lebih mudah untuk diuruskan  dan ia boleh datang dalam pelbagai jenis aplikasi produk dan mempunyai banyak cara untuk digunakan. Anda boleh rujuk pada post Cara Menggunakan Argan Oil Hani untuk Rambut

3. Menggayakan rambut

Disebabkan keupayaannya untuk menguruskan rambut dan menjadikan rambut lebih bersinar, Argan Oil Hani juga biasa digunakan untuk menggayakan rambut. Argan Oil Hani menjadikan rambut lebih mudah untuk diurus dan menambah sinar pada rambut sekaligus menyihatkan rambut.

Anda hanya perlu mengambil beberapa titis Argan Oil Hani dan sapu pada rambut selepas dikeringkan. Kemudian sikat menggunakan jari anda.

4. Anti Penuaan

Selain berfungsi sebagai pelembap yang berkesan, Argan Oil Hani juga boleh menjadikan kulit anda lebih muda dan mengurangkan kedutan-kedutan di wajah anda. Kesan anti-oksidan menjadikan argan oil sebagai produk anti penuaan yang sangat ideal. Ia mampu mengembalikan keanjalan dan melembutkan kulit.

Untuk kesan anti penuaan, anda boleh menggunakan Argan Oil Hani dengan cara mengurut beberapa titis Argan Oil Hani di wajah dan leher anda sebelum tidur. Ia berfungsi sebagai pelembap dan anti penuaan dalam masa yang sama.

5. Merawat Kulit Kering dan Ekzema

Bagi mereka yang menderita masalah kulit kering atau ekzema, anda boleh mengguna argan oil hani kerana kandungan vitamin E dan asid lemak di dalam Argan Oil Hani sangat sesuai untuk membaiki kulit yang rosak. Nutrien yang terdapat di dalam Argan Oil Hani mampu menghalang kekeringan dan kerengsaan yang lebih teruk. kerana Argan Oil mengandungi bahan-bahan yang menenagkan kulit.

Ambil Argan Oil Hani dan sapu secara terus pada kulit bermasalah dan urut secara perlahan untuk memberi kelegaan dan menggalakkan penyembuhan.

6. Merawat Kulit Jerawat

Kebanyakanminyak dan pelembap boleh memburukkan lagi keadaan kulit seperti jerawat. Namun demikian, Argan Oil Hani sebenarnya mampu melegakan kulit dan membantu penyembuhan kulit. Jerawat sering berlaku disebabkan kulit berminyak. Disebabkan kulit argan tidak berminyak, ia membantu mengimbangi kulit dengan memberikan kelembapan secara semulajadi kepada kulit anda.

Anda hanya perlu mengambil beberapa titis Argan Oil Hani dan sapu pada kulit yang mengalami jerawat selepas membersihkan kulit. Gosok perlahan-lahan dan ulangi 2 kali sehari untuk membantu membersihkan jerawat ringan serta mengimbangi kulit berminyak mahupun kering.

7. Perlindungan dan Penyembuhan

Antioksidan yang terdapat di dalam Argan Oil Hani secara amnya bermanfaat untuk menyembuhkan kulit yang teriritasi, retak, rosak dan terbakar. Ia bukan sahaja digunakan sebagai pencegahan untuk kulit kering atau sakit, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan.

Ambil beberapa titis Argan Oil Hani dan sapu pada kulit yang sakit dan rosak untuk membantu penyembuhan.

8. Mencegah Stretch Mark ketika Kehamilan

Tanda regangan adalah isu untuk ramai wanita hamil. Namun demikian, Argan Oil Hani adalah pelindungan yang paling ideal terhadap tanda regangan dan kendur. Argan Oil Hani mampu meningkatkan keanjalan kulitkerana kandungan vitamin E yang terdapat di dalamnya.

Anda hanya perlu mengambil beberapa titis Argan Oil Hani dan gosokkan pada payudara, perut, bahagian bawah dan paha semasa kehamilan untuk mengurangkan kemungkinan membentuk stretch mark.

9. Rawatan Kaki, kuku dan Tangan 

Ciri-ciri pelembut yang terdapat pada Argan Oil Hani sangat sesuai untuk kuku rapuh, tangan kering dan retak serta kulit keras pada kaki. Argan Oil Hani mampu melembapkan dan melembutkan kulit menjadikan tangan dan kaki lebih lembut serta kuku yang sihat.

Urut beberapa titis argan Oil Hani ke dalam kutikula, tangan dan kaku sebelum tidur setiap malam.

10. Pelembap Bibir

Cuaca yang sejuk atau kering boleh menyebabkan bibir menjadi sakit, kering dan retak. Argan Oil Hani adalah produk paling ideal untuk memastikan bibir tetap lembap dan lembut.

Hanya gosokkan satu atau dua titis Argan Oil Hani ke bibir seperti lip balm mampu memulihkan bibir anda yang kering dan merekah.

Penggunaan Argan Oil Hani merupakan pemilihan yang ekonomik untuk anda kerana ia mempunyai 1001 kegunaan dalam 1 botol sahaja. Anda tidak perlu bersusah payah menggunakan pelbagai jenis produk berasingan untuk setiap kulit wajah, badan, bibir, kuku dan rambut kerana Argan Oil Hani sahaja sudah memadai untuk digunakan pada keseluruhan tubuh badan anda. Dan anda hanya perlukan beberapa titis sahaja Argan Oil Oil Hani untuk setiap kegunaan tersebut.

Untuk pembelian Argan Oil Hani, anda boleh terus ke online store seperti berikut:

Lazada
11street
Shopee




Minyak Argan juga mengandungi anti-oksidan yang membantu menyembuhkan sel-sel kulit yang rosak dan mengurangkan keradangan.

 Antioksidan dalam minyak argan secara amnya bermanfaat untuk kulit penyembuhan yang teriritasi, retak, rosak atau terbakar. Ia digunakan sebagai pencegahan untuk kulit kering atau sakit, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mempercepat penyembuhan. Ciri-cirinya termasuk mengurangkan keradangan, sakit meringankan dan meningkatkan kadar penyembuhan.




Melembutkan beberapa titisan minyak argan ke dalam kulit yang sakit atau rosak membantu mempercepat proses penyembuhan.



Comments

Popular Posts